Antarabangsa Bola Sepak

Ledak 100 gol di Ligue 1,Mbappe hampiri sejarah baru


Rakan sepasukan meraikan jaringan Mbappe.

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe mengakui senang hati selepas menghasilkan golnya yang ke-100 di Ligue 1 Perancis.

Mbappe mencetak dua gol ketika PSG meraih kemenangan 4-2 dalam kunjungan ke kubu Olympique Lyon, awal pagi tadi.

Selesai pertandingan, Mbappe mengungkapkan harapannya untuk boleh mencapai prestasi yang lebih banyak dan dia menyebut bahawa catatan itu sebagai tahap baru menuju sejarah.

“Ini adalah hari yang bagus untuk mencipta 100 gol saya di Ligue 1. Saya tahu saya hanya kurang dua gol. Ini adalah tahap lain dalam karier saya, satu tahap lagi menuju sejarah. Cerita ini baru saja bermula,” ujar Mbappe kepada Canal Plus.

Mbappe memulakan karier profesionalnya di Monaco pada 2015, dengan mencetak 27 gol dari 60 pertandingan untuk kelab Stade Louis II itu, termasuk 16 gol ketika dia membantu kelab memenangi kejuaraan pada musim 2016/17.

PSG kemudian membawa masuk Mbappe di akhir musim, dan sejak saat itu, dia menggegar jaring dengan 120 gol daripada 160 pertandingan pertamanya untuk kelab.

Dua gol Mbappe ke gawang Lyon menjadikan dirinya kini sudah mengumpulkan 84 gol untuk PSG di Ligue 1, dan berpeluang untuk menambah catatannya itu ketika PSG melawan Lille selepas tamat aksi antarabangsa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d