Bola Sepak Terkini

Bintang dalam pembikinan


Empat pemain muda yang menyerlah sepanjang lima aksi Liga Super

 

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

LIMA perlawanan awal Liga Super musim ini berakhir dengan sempurna dengan penuh kompetitif dan turut menyaksikan beberapa kejutan tercipta.

Rumusan yang boleh dikatakan setakat ini, persaingan tidak terlalu jauh dan tidak ada pasukan yang boleh dikatakan selesa dominasi saingan.

Ramai pemain baru khususnya membabitkan tenaga import yang direkrut pasukan bertanding namun tidak adil untuk terus meninggalkan ‘ubi muda’ yang mula menyerlah bersama pasukan masing-masing.

Ada diantara mereka mula menjadi sebutan peminat dan berikut empat nama yang menarik perhatian CAKAPSUKAN.

ARIF AIMAN HANAPI, 19

Sudah pasti pemain ini akan menjadi individu pertama yang akan diperkatakan selepas menyaksikan kematangan yang dipamerkan dalam setiap kali pelaung diberikan kepadanya.

Arif Aiman Hanapi

Mula cetus sensasi ketika dimasukkan sebagai pemain gantian pada aksi menentang UiTM FC dan kemasukkannya pantas beri impak menghasilkan gol pembukaan perlawanan yang berkesudahan JDT menang 4-0.

Keberaniannya menonjolkan diri dikalangan barisan bintang dimiliki JDT jelas  menjadi “Faktor X” kepadanya malah dilihat cemerlang ketika aksi dengan Selangor FC.

HAKIMI ABDULLAH, 22

Sering dimasukkan sebagai pemain gantian oleh pengendali TFC, Nafuzi Zain namun setiap kali diberi peluang pantas dibalas dengan sumbangan besar kepada pasukan.

Hakimi Abdullah

Dua gol yang dikumpul setakat lima perlawanan memadai untuk Hakimi membuktikan yang dirinya mampu seiring dengan pemain lain.

Boleh dikatakan memiliki fizikal yang sesuai, Hakimi dilihat berupaya tampil lebih sempurna jika terus diberikan ruang untuk membuktikan kemampuan dirinya.

RAHADIAZLI RAHALIM, 20

Kalau dinilai secara teori dan atas kertas, Rahadiazli bukan individu pilihan kerana TFC turut memiliki Sharmiza Yusoff untuk posisi penjaga gol.

Rahadiazli Rahalim

Bagaimanapun, aset ketinggian 1.92 meter dilihat sebagai pelengkap yang ideal untuk Nafuzi memilihnya mengisi penjaga gol utama dan Rahadiazli pantas membalas kepercayaan.

Walaupun bolos lima gol dalam lima perlawanan, ia dilihat tidak begitu teruk untuk seseorang pemain muda yang sudah pun mengharungi aksi menentang pasukan besar seperti Selangor FC, Perak dan Melaka United FC.

IZZUDDIN ROSLAN, 22

Namanya mungkin sedikit asing di pentas senior sejak kebelakangan ini kerana lebih sering bermain di pentas Piala Presiden dan Piala Belia.

Izzuddin Roslan

Bermula dengan tersenarai dalam skuad Perak FC II, Izzuddin berjaya memikat Chong Yee Fatt untuk disenaraikan dalam skuad utama di pentas Liga Super.

Bermula di bangku simpanan ketika menentang Terengganu FC, Izzuddin diberi kepercayaan bermain dalam kesebelasan utama ketika bertemu Kuala Lumpur dan kemuncaknya menghasilkan satu ‘assist’ kepada Guilherme de Paula ketika mengikat JDT 2-2.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading