Antarabangsa Permotoran

 The Baby Alien kembali berlumba


Marquez dijangka melakukan kemunculan dalam masa terdekat.

 

MARC Marquez kembali berlumba untuk saingan MotoGP 2021. Kali ini, The Baby Alien berlatih di Litar Portimao, Portugal.

Marquez mulai pulih daripada cedera patah tangan yang mengganggunya pada tahun lalu. Penunggang pasukan Repsol Honda itu sekarang sudah boleh mula menjalani latihan peribadi menggunakan motor.

Pada awalnya, Marquez berlatih menggunakan motor mini di Circuito de Alcarras, Sepanyol, pekan lalu. Juara dunia lapan kali itu menguji jentera Honda RC213V-S di lokasi yang sama pada Selasa.

“Hari ujian di Portimao!” ujar Marquez di akuan Twitter @marcmarquez93.

Kembalinya Marc Marquez bersama motornya di litar semakin menguatkan spekulasi dirinya bakal tampil dalam pusingan awal MotoGP 2021.

Walaubagaimapun, masih belum jelas bilakah pelumba berusia 28 tahun tersebut akan melakukan kemunculan semula.
MotoGP 2021 memulakan saingan di Litar Losail, Qatar, pada 28 Mac depan.

Pusingan kedua juga bakal diadakan di lokasi yang sama seminggu kemudian.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: