Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Kejohanan Remaja La Liga 2021 pentas raih pengalaman dan peluang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Daniel (tiga kiri) bersama Pompili Rossi (dua, kiri) dan Zainal (dua,kanan) memperkenalkan Trofi La Liga sempena majlis pelancaran kejohanan yang dijadualkan berlangsung Jun nanti.

Oleh : Subkhi Sudarji

KEJOHANAN Remaja La Liga 2021 yang dijadualkan berlangsung pada Jun nanti memberikan peluang buat pemain muda Malaysia merasai pengalaman serta ‘menyentuh’ trofi berprestij Sepanyol itu.

Kejohanan tersebut yang dibawakan oleh Sambill Park bakal membuka penyertaan kepada pasukan mahupun akademi menerusi kategori pemain bawah 8 tahun (B-8), B-10, B-12, B-14 dan B-16 dengan format perlawanan peringkat kumpulan dan kalah mati.

Setiap mereka bakal menerima sijil penyertaan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) termasuk La Liga.

Selain berpeluang untuk bergambar dengan trofi berprestij itu, setiap pasukan juga berpeluang merebut kejuaraan bagi edisi sulung tersebut.

Wakil La Liga dari Sepanyol, Giorgio Pompili Rossi berkata, di La Liga, matlamat kami adalah ingin mempromosikan bola sepak kepada seluruh dunia dan membawa La Liga dekat kepada peminat tempatan.

“Kami gembira untuk membawakan kejohanan sulung ini di Malaysia selepas pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap bola sepak secara menyeluruh.

“Selain itu, kejohanan ini dapat membuka peluang untuk kanak-kanak menikmati perlawanan indah sebegini,” katanya berucap dalam pelancaran kejohanan tersebur yang turut dihadiri Pengarah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas di Sunway Velocity Mall, Cheras.

Daniel Wong

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Sambill Park, Daniel Wong berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menganjurkan kejohanan mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Jika diikutkan perancangan kita mensasarkan 100 pasukan namun dengan keputusan rentas negeri masih belum dibuka setakat ini 25 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini.

“Kejohanan ini akan diadakan berbentuk karnival mengambil masa tiga hari mengikut SOP yang ditetapkan,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: