Bola Sepak Semasa Terkini

Gergasi Merah Kuning tumbang dilaman sendiri


Pemain import Selangor FC, Oliver Buff bersaing hebat mendapatkan bola dengan pemain lawan, Khairu Azrin. (Foto: Selangor FC)

Oleh : Subkhi Sudarji

SELANGOR FC ditimpa kekalahan pertama dilaman sendiri apabila tewas 0-2 ditangan pendatang baharu Liga Super, Penang FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Keputusan ini merupakan kekalahan kedua terpaksa diterima Selangor FC manakala bagi Penang FC pula ia kemenangan pertama ditempat lawan dan kedua selepas lima perlawanan berlangsung.

Gergasi Merah Kuning yang memburu kemenangan kedua dilaman sendiri tidak menunggu lama dengan melancarkan gerakan sebaik sahaja wisel perlawanan ditiupkan pengadil.

Menguasai sepenuhnya bahagian tengah dengan pelawat dipaksa bekerja keras dikubu sendiri tiada gol terhasil sepanjang 24 minit perlawanan berlangsung.

Tandukan Shahrel Fikri yang sedikit tersasar pada minit ke 25 hasil sepakan penjuru terus mengubah tempo permainan yang lebih agresif dipamerkan kedua-dua pasukan.

Penyerang berbisa Penang FC,Casagrande hampir meletakkan pasukan dihadapan namun tolakannya lemahnya ke dalam gawang berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah pada minit ke 35.

Namun selang dua minit kemudian pemain sayap kanan Penang FC, Mohamad Hafiz Al-Harun memperlihatkan ketajaman penyudah apabila rembatannya berjaya menewaskan Khairulazhan untuk gol pertama pelawat.

Memasuki babak kedua perlawanan, tuan rumah terus memberi tekanan kepada pelawat dalam usaha memburu gol penyamaan namun kekentalan bentang Penang FC menghampakan skuad bimbingan Karsten Nietzel.

Ketika Selangor FC ghairah memburu gol, pemain tengah Penang FC , Danial Ashraf Abdullah bijak memperdayakan Khairulazhan untuk gol kedua pelawat.

Walaupun melakukan beberapa pertukaran, kedudukan berkenaan kekal sehinggalah tamat perlawanan dengan kemenangan pelawat mengatasi tuan rumah 2-0.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: