
Oleh : Mohd Fahmi Ismail
UiTM FC gagal memanfaatkan peluang sebaiknya kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila tunduk 0-1 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC, malam ini.
Pada perlawanan Liga Super di Stadium UiTM itu, pelawat memecah kebuntuan gol pada penghujung babak pertama hasil sepakan percuma diambil Rabih Ataya yang disusuli oleh tindakan penyudah Faizat Ghazli minit ke-43.
Malang menimpa tuan rumah kerana terpaksa bermain 10 pemain di babak kedua selepas pemain mereka dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil perlawanan.
M-58 Rabih hampir menggandakan kedudukan untuk Kedah tetapi sepakan percumanya menuju tepat ke arah penjaga gawang UiTM
Selepas ini, skuad kendalian Frank Bernhardt akan menanti kunjungan Selangor FC pada 3 April depan.
Sementara itu, Melaka United FC kembali meraih tiga mata dengan membenam Kuala Lumpur City FC, 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam ini.
Dua penalti Alex Goncalves penalti m-51 dan m-81 cukup mengembalikan semula rentak kemenangan Melaka United di Liga Super walaupun KL City cubamerapatkan jurang daripada Azim Rahim m-89 tetapi agak terlewat.
Add Comment