Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Peng Soon-Liu Ying gagal lepasi separuh akhir


Chan Peng Soon-Goh Liu Ying

 

HASRAT Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mengulangi pencapaian 2017 di All England, tidak kesampaian apabila laluan mereka tersekat di separuh akhir malam tadi waktu Malaysia.

Gandingan veteran itu yang juga pilihan ketiga terpaksa akur kepada gandingan nombor 23 dunia, Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto yang berada 16 tangga di bawah ranking mereka, dengan 14-21, 20-22.

Segalanya nampak kurang menjadi buat pasangan negara di set pertama dengan Liu Ying gagal beraksi dengan baik di depan jaring, selain pukulan drop Kaneko yang kerap memerangkap Peng Soon sehingga menyerah dalam masa 16 minit.

Pasangan negara perlu menyalahkan diri sendiri apabila membiarkan kelebihan 17-6 di set kedua menjadi sia-sia apabila membiarkan lawan menunjukkan kebangkitan hebat lawan untuk menang 22-20 dalam masa 26 minit

Kekalahan itu bukan sahaja meleburkan harapan untuk menyamai pencapaian ke final 2017, malah menutup peluang mencipta sejarah muncul pasangan pertama negara muncul juara acara beregu campuran sepanjang 113 edisi pertandingan itu.

Sebelum ini, David Choong iaitu abang kepada legenda badminton negara, Datuk Eddy Choong pernah muncul juara pada 1953 tetapi ketika itu beliau berganding dengan wakil tuan rumah, June White.

Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia masih gagal menempatkan wakil dalam final mana-mana acara All England dengan kali terakhir dilakukan oleh pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2019.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Beregu wanita
Yuki Fukushima-Sayaka Hiroshita (JPN) mn Selena Piek-Cheryl Seinen (NED) 21-17, 21-7
Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara (JPN) mn Nami Maatsuyama-Chiharu Shida (JPN) 21-19, 21-17

Beregu lelaki
Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe (JPN) mn Jeppe Bay-Lasse Molhede (DEN) 21-13, 21-11
Takeshi Kamura-Keigo Sonoda (JPN) mn Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) 21-18, 21-14

Perseorangan wanita
Pornpawee Chochuwong (THA) mn Pusarla Sindhu (IND) 21-17, 21-9
Nozumi Okuhara (JPN) mn Ratchanok Intanon (THA) 16-21, 21-16, 21-19

Beregu campuran
Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo (JPN) mn Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (MAS) 21-14, 22-20


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: