Antarabangsa Badminton Semasa Terkini

Zii Jia lakar sejarah mara ke final All England buat kali pertama

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Lee Zii Jia

 

LEE Zii Jia menjadi wakil perseorangan lelaki pertama negara layak ke final All England dalam tempoh empat tahun selepas mengesahkan tiketnya di Birmingham, malam tadi waktu Malaysia.

Pemain tinggi lampai itu mara selepas mengetepikan cabaran wakil Belanda, Mark Caljouw 21-13, 21-17 dalam masa 44 minit, sekali gus mengatasi pencapaiannya mara setakat separuh akhir pada edisi kejohanan tahun lalu.

Kali terakhir Malaysia menempatkan wakil di final acara ini adalah pada 2017 menerusi Datuk Lee Chong Wei yang muncul juara tahun itu.

Selepas menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun dalam aksi suku akhir semalam, Zii Jia yang juga pilihan keenam, jelas bersemangat memastikan tempat di final pertamanya di All England yang berstatus Super 1,000.

Keinginan tinggi untuk menang terserlah apabila pantas mengutip mata demi mata ke atas lawan untuk mendahului 11-3 dalam masa enam minit di set pertama.

Caljouw , pemain pertama Belanda mara ke separuh akhir perseorangan lelaki All England, jelas agak gugup di awal permainan sebelum bangkit memperkemaskan permainannya bagi memberi saingan yang lebih baik.

“Permainan Zii Jia agak kaku hari ini. Ini mungkin selepas mengharungi perlawanan yang sengit menentang (Kento) Momota di suku akhir semalam menyebab badannya agak tegang.

“Sebab itu rentak permainan Zii Jia agak perlahan apa lagi lawan juga memperlahankan rentak,” kata jurulatih perseorangan negara, Datuk Tey Seu Bock kepada CAKAPSUKAN.

Ini adalah kemenangan kedua Zii Jia ke atas Caljouw dalam sejarah pertemuan mereka selepas pertemuan pertama di Terbuka Jerman pada 2019.

Di final esok, beliau akan berdepan dengan pemenang pertemuan antara dua wakil Denmark, Viktor Axelsen dan Anders Antonsen.

Axelsen adalah pemain yang menyekat laluan Zii Jia di separuh akhir tahun lalu.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: