Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Debut pertama Hadi Fayyadh tidak kesampaian


Hadi terpaksa disisihkan ekoran kecederaan dialaminya semasa seisi latihan.

Oleh : Subkhi Sudarji

HASRAT penyerang bola sepak kebangsaan negara Bawah 23 Tahun, Hadi Fayyadh Abdul Razak beraksi bersama Kelab Azul Claro Numazu menentang Imabari FC hari ini tidak kesampaian apabila dia mengalami kecederaan semasa seisi latihan.

Jelas Hadi Fayyadh, namun kecederaannya tidak serius tetapi memerlukan sedikit masa untuk kembali semula ke dalam pasukan.

“Saya merasa sedikit sedih kerana tidak dapat beraksi bersama pasukan ini pada aksi pertama pasukan hari ini kerana saya mengalami sedikit kecederaan di kaki yang memaksa saya untuk menjalani proses pemulihan selama beberapa minggu.

“Kecederaan ini berlaku ketika saya menjalani latihan bersama pasukan. Walaubagaimanapun, ianya tidak berapa serius, Cuma perlukan sedikit masa untuk pulih semula. “

“Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya dan pasukan ini. InsyaAllah, I will come back stronger” ulas Hadi.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: