Antarabangsa Permotoran

Ducati, Yamaha dan Suzuki diramal dominasi MotoGP 2021


Franco Morbidelli

FRANCO Morbidelli menilai persaingan MotoGP 2021 bakal berkisar di antara Ducati, Yamaha dan Suzuki.

Ini kerana, dia melihat kepada sesi ujian masa yang diadakan selama lima hari di Litar Losail Qatar yang berakhir pada minggu lepas.

Penunggang Ducati Lenovo, Jack Miller, mencatat masa terpantas diikuti oleh tiga pelumba Yamaha iaitu Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha), Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha), serta Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT).

“Saya tidak mengikuti Jack atau melihatnya di litar. Apa yang saya lihat (dari catatan waktunya) bahawa dia sangat laju. Dia pergi dengan sangat baik dan sangat cepat di litar lurus,” ujar Morbidelli dipetik dari Crash.

Suzuki juga dilihat mampu merajai MotoGP 2020 dengan pelumba mereka Joan Mir menjadi juara dunia. Pada ujian masa MotoGP 2021, Mir berada di kedudukan ke-7 di atas rakan satu pasukannya di Suzuki ECSTAR, Alex Rins.

“Ducati kelihatan sangat kuat, begitu juga Suzuki serta tiga penunggang Yamaha lainnya termasuk Vale (Valentino Rossi).

“Sekarang ini, pertarungan bakal terjadi antara Yamaha-Ducati-Suzuki,” jelas Morbidelli lagi.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: