Antarabangsa Bola Sepak

Tottenham tersingkir, amaran untuk Arsenal

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mikel Arteta

TOTTENHAM Hotspur terkandas mengejut di Pusingan 16 Liga Europa walaupun membawa bekalan dua gol dari tempat lawan.

Penyingkiran Spurs menerusi agregat 2-3 itu menjadi peringatan berguna buat seluruh pasukan terutamanya kepada Arsenal.

Sementara itu, Arsenal yang bermain lebih awal, dimalukan Olympiacos 0-1 di Emirates tetapi melangkah ke suku akhir setelah menang 3-1 di Athens pada pertemuan pertama.

Pengurus Arsenal Mikel Arteta mengatakan, tidak ada kelab yang boleh dipadang enteng pada peringkat Liga Europa.

“Itu juga menunjukkan level pertandingan ini. Orang meremehkan kerana anda bermain melawan pasukan lain-lain (tidak ternama) dan anda yakin akan layak kerana melihat kepada kelab yang mereka wakili. Tidak boleh begitu.

“Setiap pasukan di Eropah sangat sulit dikalahkan,” kata Arteta di Standard.

Arteta mengakui The Gunners tampil buruk ketika dikalahkan Olympiacos 0-1.

“Kami bertemu lawan yang sukar. Kami dah tahu dan mereka tidak akan menyerah. Jadi kami sangat gembira dapat layakkan diri,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: