Bola Sepak Semasa Terkini

Masa untuk penyokong main peranan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Faizal Wahid

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

TANGGAL 18 Mac meberi 1,001 makna buat peminat bola sepak tempatan yang kini dibenarkan untuk kembali ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pilihan.

Jika tarikh sama setahun lalu bermulanya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), semalam ceritanya berbeza apabila kerajaan mula beri ‘lampu hijau’ kepada penyokong Liga Malaysia (Liga M), bermula 1 April ini.

Walaupun jumlahnya dihadkan namun ia dilihat sebagai permulaan positif dan dijangka akan beri nafas baru kepada industri bola sepak tempatan.

Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Faizal Wahid berkata penyokong sudah pasti berterima kasih kepada semua pihak yang merealisasikan kemasukan semula penyokong.

“Penantian lama kini berakhir. Tiada apa lagi dapat saya minta kerana ini sudah pasti menggembirakan kami sebagai penyokong.

“Walaupun ada kuota, penyokong cukup memahami situasi sekarang dan ini adalah permulaan yang baik. Secara tidak langsung ia dapat bantu pasukan dari segi juala tiket,” katanya ketika dihubungi CAKAPSUKAN.

Jumlah kehadiran penyokong di kawasan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) adalah10 peratus kapasiti penonton atau 2,000 orang manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000 orang, mana yang lebih rendah dengan kawalan seliaan sepanjang masa.

Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dipilih sebagai dua lokasi  Proof of Concept (POC) untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton.

Semwntara itu, wakil penyokong kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Isfarihin Johari berkata dia mengharapkan kerjasama daripada penyokong lain agar memberi contoh terbaik bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku.

“Pertama sekali selepas setahun kami tidak dapat datang ke stadium, akhirnya kami berasa sangat gembira dan hati rasa lapang apabila mendengar berita yang diumumkan oleh pihak kerajaan semalam.

“Sebelum ini, kami pernah memenangi Anugerah Penyokong Terbaik ABK (Anugerah Bolasepak Kebangsaan), dan dengan gelaran itu, kami akan terus beri contoh terbaik sepanjang penilaian ini dibuat sekali gus dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk setiap stadium lain,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: