Hoki Semasa Terkini

Logo, jersi Kelab Hoki Ais JDT dilancarkan.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

KELAB Hoki Ais Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melancarkan logo baharu, jersi dan memperkenalkan skuad itu pada sidang media di Ibu Pejabat JDT di Stadium Sultan Ibrahim hari ini.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kesungguhan untuk meningkatkan profil sukan tersebut di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan jenama JDT dengan lebih luas.

Gelanggang hoki ais akan dibina di Iskandar Puteri, Johor sementara akademi akan dinaiktaraf untuk melahirkan lebih ramai lagi bakat. Kelab Hoki Ais JDT juga akan menghasilkan barangan untuk dijual kepada orang ramai.

Kejohanan pertama akan disertai Kelab Hoki Ais JDT adalah Weekend Warriors League, sebuah liga domestik pada bulan Jun. 10 pemain telah dikenal pasti dan ditandatangani oleh kelab.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: