Bola Sepak Semasa Terkini

POC dalam perhatian

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican (tiga dari kanan) selepas merasmikan NSL 2021

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

SELURUH ‘mata’ akan memerhati Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dengan kedua-duanya akan jadi penentu kepada kelangsungan industri sukan di negara ini.

Dua lokasi Proof of Concept (POC) itu dipilih untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton selepas kerajaan mula membenarkan kehadiran penyokong ke stadium.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau mahu semua pihak terbabit dalam sukan mematuhi segala ketetapan bagi mengelak sebarang persoalan berbangkit.

Reezal Merican

“Saya nak ingatkan perjuangan ini bukan digalas oleh KBS, Malaysia Football League (MFL), persatuan sukan dan Majlis Olimpik Malaysia (OCM) saja tetapi perlu digalas oleh semua penggiat sukan.

“Penyokong kena tunjuk pematuhan tinggi. Kalau pada hari kejadian, tiba-tiba berlaku sesuatu tidak seperti dirancang maka ia akan terbantut usaha memulihkan keyakinan terhadap sektor sukan.

“Hari POC amat penting untuk beri keyakinan dan ia ujian buat penggiat dan pencinta sukan. Jika berjaya, kita akan jadi ‘template’ untuk program dan kejohanan lain.

“Kalau berjaya, ia bermakna tidak akan jadi persoalan dan saya tidak perlu nak meyakinkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) lagi sebab mereka yakin serta sudah lihat sendiri,” katanya selepas melancarkan Netball Super League 2021 di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Bagaimana pun, Reezal optimis dengan tahap kepatuhan pemain industri sukan.

“Kadang-kadang SOP dan peraturan kita terpaksa wujudkan berasingan dan sebagai contoh, apabila mahu membawa penonton ke stadium kita buat POC.

“Ia terpaksa dilakukan secara terperinci dan kadang-kadang memerlukan saya mencari kaedah atau mekanisme yang tidak boleh ditolak,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: