Permotoran Semasa Terkini

SAM sambut baik keputusan MKN

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ron Hogg

 

Oleh : Subkhi Sudarji

PENGUMUMAN kerajaan membenarkan kehadiran penonton ke stadium dan venue pertandingan pastinya dapat mengembalikan kemeriahan dan menghidupkan semula suasana saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia yang dijadualkan bermula esok.

Pengarah Safe Aim Mutual (SAM) Sdn Bhd, Ron Hogg berkata, kehadiran mereka cukup penting untuk industri berkenaan.

“Sebenarnya kami sangat mengharapkan kehadiran penonton terutamanya untuk pihak penaja.

“Tahun lalu beberapa penaja sudah berhenti daripada menaja pasukan kerana ketiadaan penonton. Jadi sebenarnya penonton amat penting daripada segi komersial dan memberi motivasi kepada pelumba.

“Bagi pelumba, perasaan mereka pasti berbeza apabila adanya kehadiran penonton ke litar,” katanya pada sidang media majlis pelancaran perlumbaan itu, hari ini.

Jelas Ron, pihaknya perlu meneliti lebih lanjut prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan untuk kemasukan penonton ke litar.

Saingan Cub Prix akan membuka tirai bermula esok di Litar Antarabangsa Sepang dengan pusingan kedua akan berlangsung 4 April depan

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: