Antarabangsa Motorsport

Morbidelli dedah rahsia Rossi

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Morbidelli senang bergandingan bersama Vale di Petronas Yamaha.

FRANCO Morbidelli membuka rahsia mengenai perwatakan unik rakan sepasukannya di Petronas Yamaha, Valentino Rossi.

The Doctor rupanya suka menjerit-jerit di paddock!

Keduanya berada di paddock yang sama untuk pertama kalinya dalam sesi ujian MotoGP 2021 Qatar di Litar Losail minggu lalu.

Kehadiran Rossi di Petronas Yamaha diakui Morbidelli menjadikan suasana pasukan menjadi lebih heboh dan menyenangkan.

“Anda selalu mendengar teriakan Vale, dia bercakap sangat kuat kepada krunya. Saya hanya boleh tertawa,” kata Morbidelli, dipetik dari Speedweek.

Rossi akui kenyataan Morbidelli yang menyebutkan dirinya suka berteriak.

Dia mengakui bercakap kuat kerana tak dapat mendengar suara-suara di dalam paddock dengan baik.

“Masalahnya adalah anda selalu memakai penyumbat telinga, saya biasanya tidak membukanya selama ujian. Saya harus lebih hati-hati selepas ini,” ujarnya.

Rossi dan Morbidelli sudah lama menjalin hubungan sebelum kedua-duanya bergabung dalam satu pasukan Petronas Yamaha. The Doctor adalah mentor kepada naib juara MotoGP 2020 itu di VR46 Academy.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: