Antarabangsa Bola Sepak

Cristiano Ronaldo kembali ke Real Madrid ?


Zidane membuka pintu bagi Ronaldo untuk kembali ke Real Madrid.

ZINEDINE Zidane memberi bayangan Real Madrid akan berusaha dan mendapatkan kembali Cristiano Ronaldo daripada Juventus pada bursa perpindahan penain musim panas akan datang.

Masa depan pemenang lima kali Ballon d’Or itu di Turin menjadi perbincangan sejak Juventus secara mengejut tersingkir di Pusingan 16 Liga Juara-Juara di tangan Porto pada minggu lalu.

Bianconeri disebut-sebut akan melepaskan Ronaldo sebelum pemain asal Portugal berusia 36 tahun itu berstatus ejen bebas pada 2022, dan Zidane kini memberikan petunjuk sekiranya Los Blancos membuka pintu selebar-lebar untuk kepulangan superstar ke Santiago Bernabeu.

“Khabar angin itu benar? Ya, boleh jadi. Kami tahu Cristiano, kami tahu apa yang dia lakukan untuk Real Madrid. Tapi, sekarang dia adalah pemain Juve, dia bermain dengan pasukan lain. Kami akan melihat masa depannya nanti,” ujarnya dipetik Goal.

Selama sembilan tahun berkarier bersama Real Madrid, Ronaldo membantu kelab meraih 15 trofi utama, termasuk dua La Liga Sepanyol dan empat Liga Juara-Juara.

Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak Real Madrid sepanjang masa, dengan meledak 450 gol daripada 438 penampilan dalam pelbagai pertandingan.

Gelaran La Liga pada musim lalu adalah satu-satunya trofi yang Real menangi dalam tiga tahun terakhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: