Bola Sepak Terkini

Misi balas dendam Gassama


Gassama tekad memastikan pasukan meraih tiga mata penuh pada aksi menentang JDT II petang ini.
Oleh : Subkhi Sudarji

PENYERANG import Kelantan United FC, Gassama Alfusainey mahu kekalahan tipis 2-3 menentang JDT II musim lalu dibalas dengan tiga mata penuh apabila kedua pasukan bertembung pada perlawanan minggu keempat Liga Premier 2021 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, petang ini.

The Green Deers beraksi baik ketika bertandang ke Johor Bharu musim lepas namun nasib malang menyaksikan mereka tewas tipis 3-2 kepada JDT II namun bagi penyerang kelahiran Gambia ini yang telah meledak satu gol serta melakukan assist menyifatkan situasi semasa pasukan ketika ini perlu diterjemahkan dengan kemenangan.

“Sangat mustahak buat Kelantan United FC menewaskan pelawat dan memungut maksima sembilan mata seperti sasaran mereka untuk tiga perlawanan di laman sendiri.

“Tahun lepas kita bernasib malang tetapi tidak pada musim ini. Dengan ‘winning spirit’ dan sesi latihan terbaik yang diatur oleh jurulatih, kita pasti akan mendapat tiga mata penuh.

“Sasaran kami ialah meraih sembilan mata, oleh itu sangat mustahak kepada kami untuk menang perlawanan” katanya dipetik melalui laman FB KUFC.

Gassama Alfusainey yang direkrut Kelantan United FC pada perpindahan kedua Liga M3 2019 beraksi cemerlang setakat ini setelah menyumbang satu gol dan satu assist dalam dua perlawanan Liga Premier 2021 seterusnya membantu pasukan mencatatkan pungutan enam mata keseluruhan dari tiga perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading