Antarabangsa Bola Sepak

Hannibal Mejbri lanjut kontrak baharu


HANNIBAL Mejbri sah menandatangani kontrak baru jangka panjang di Manchester United setelah tampil impresif di skuad Bawah 23.

The Red Devils membawa masuk Mejbri dari AS Monaco pada 2019 dan pemain berusia 18 tahun itu tampil cukup meyakinkan untuk skuad Neil Wood pada perlawanan Liga Perdana Inggeris 2 pada musim 2020/21 ini.

Mejbri menjaringkan empat gol dan membuat tujuh assist daripada 18 penampilan untuk perlawanan liga pada musim ini.

Mejbri memperkuatkan Perancis untuk B-16 dan ab-17, dan ia juga berpeluang menjadi sebahagian dari pasukan kebangsaan Tunisia melalui ayahnya, Lotfi Mejbri, yang pernah bermain di negara itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: