Antarabangsa Bola Sepak

Arsenal boleh kalahkan pasukan di EPL, dengan syarat….

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MIKEL ARTETA

THIERRY Henry menilai Arsenal mempunyai kemampuan untuk mengalahkan siapa sahaja di Liga Perdana Inggeris.

Namun, The Gunners terlebih dahulu perlu mencari konsistensi jika ingin menjadi pencabar kejuaraan.

Arsenal mengalahkan kelab sekota, Tottenham Hotspur dengan jaringan tipis 2-1 dalam aksi derbi London pada minggu lalu.

Bagaimanapun, mereka masih kekal di kedudukan ke-10 dan tertinggal empat mata di belakang Spurs yang menduduki posisi kelapan.

“Saya fikir Mikel (Arteta) masih mencari masa selepas menjuarai Piala FA tahun lalu. Cara mereka memenanginya, dan pasukan yang mereka kalahkan, membuatkan dia ada masa dengan penyokong dan kelab.

“Anda harus menunjukkan sesuatu di akhir musim. Apa yang kurang sekarang adalah konsistensi. Saya menyaksikan babak pertama Arsenal dan kelihatan seperti mereka tidak yakin boleh menang.

“Kemudian, ketika mereka ada di situasi perlu melakukan comeback dan melakukan serangan, permainan mereka seperti ‘wow, mengapa tidak menunjukkan itu sejak dari awal?’” katanya kepada Sky Sports.

Namun, dia sedar kedudukan liga tidak pernah bohong. Arsenal masih ketinggalan di belakang Tottenham.

“Ini adalah sebuah proses. Mudah-mudahan mereka boleh meledak secepat mungkin, namun konsistensi harus segera dicari,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: