Bola Sepak Semasa Terkini

JDT besar hati kongsi kemudahan bertaraf dunia untuk Harimau Malaya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Kenyataan Alistair Edwards menerusi Facebook JST sebentar tadi.

Oleh : Mohd Fahmi Ismail

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati berkongsi kemudahan fasiliti bola sepak moden bertaraf dunia mereka dengan Pasukan Kebangsaan Malaysia bagi persiapan Harimau Malaya untuk kelayakan ke Piala Dunia dan Piala Asia.

Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards berkata, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka untuk membantu pasukan kebangsaan dan meningkatkan standard bola sepak Malaysia.

“Kemudahan fasiliti kami adalah yang terbaik dan pasukan kebangsaan juga akan memanfaatkan peralatan pemulihan dan rehabilitasi yang kami miliki, yang mana ia juga akan memaksimumkan sesi latihan mereka,” katanya menerusi Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Cakap Sukan baru-baru ini melaporkan skuad Harimau Malaya akan kembali berkumpul untuk menjalani sesi latihan pusat selepas setahun ekoran penangan pandemik Covid-19.

Kem latihan pusat skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan diadakan di Johor Bharu bermula 22 Mac ini.

Sesi pusat latihan itu adalah sebagai persiapan menghadapi baki perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung 31 Mei hingga 15 Jun 2021.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: