
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
PENGENDALI Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto mengharapkan impak besar mampu dijelmakan empat import barunya pada aksi menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, malam ini.
Saddil Ramdani, Risto Mitrevski, Levy Madinda dan Sam Johnson tiada pilihan untuk cuba pamer kemampuan sebenar dalam membantu barisan pemain tempatan lain.
“Saya ambil tanggungjawab kekalahan ini tetapi saya perlu berterima kasih kepada pemain yang sudah bekerja keras sepanjang perlawanan.
“Memang kita belum lihat prestasi yang diharapkan daripada mereka (pemain import) kerana mereka baru saja selesai proses kuarantin,” katanya merujuk kepada prestasi import ketika tewas 1-0 kepada PJ City FC, Sabtu lalu.
Kini, pemain Sabah FC seakan tidak boleh terus memilih jalan sukar dan perlu segera ambil kesempatan kesulitan yang turut dihadapi Sri Pahang FC ketika ini.
Add Comment