Bola Sepak Semasa Terkini

Pentas Dollah pamer magis

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sebahagian aksi ketika Sri Pahang seri 0-0 menentang Melaka United

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

MASIH banyak yang diimpikan oleh Dolah Salleh dalam misi memacu Sri Pahang FC ke tempat lebih baik dalam saingan Liga Super musim ini.

Dua kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal jelas menunjukkan Sri Pahang dalam situasi sukar dan aksi menentang Sabah di Stadium Darul Makmur malam ini jadi pentas terbaik untuk kembali bangkit.

Bagaimanapun, Dollah akui yang banyak kerja yang perlu dilakukannya untuk memastikan tiga mata pertama musim ini.

Dollah Salleh

“Keseluruhannya saya belum puas hati terutamanya di bahagian serangan. Jentera serangan seakan tidak menyerlah dan tidak banyak membantu.

“Saya mungkin akan beri lagi peluang kepada pemain import. Tetapi kalau keadaan memaksa saya tukar, saya mungkin tukar,” katanya.

Namun aksi malam ini pasti menjanjikan saingan sengit ketika kedua-dua pasukan kini bergelut dengan prestasi semasa, masing-masing hanya meraih satu mata.

Sudah pasti, perlawanan akan jadi sengit kerana kedua-dua pasukan mahu cuba keluar daripada zon bahaya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: