Bola Sepak Terkini

Krisis kecederaan belenggu Sri Pahang FC


Kecederaan dialami Goulan (kanan) dan Waque (kiri) nyata membimbangkan Dooley menjelang aksi menentang Selangor FC malam ini.

PENGENDALI Sri Pahang FC, Thomas Dooley berdepan kerisauan dengan krisis kecederaan yang sedang melanda dalam kalangan pemain utama yang meletakkan pasukannya sukar berikan cabaran bermakna kepada Selangor pada aksi malam ini.

Antara pemain terbabit ialah ketua pasukan, Lee Tuck, serta tiga pemain import lain iaitu Goulon, Wague dan Pedro serta bekas pemain baharu Perak FC, Hafiz Ramdan.

“ Buat masa ini saya belum pasti dapat menggunakan pemain dalam kesebelasan utama seperti Lee, Wague dan Goulon manakala Pedro mendapat kekejangan otot, begitu juga Hafiz.

“ Situasi ini amat membimbangkan saya bagi berdepan Selangor yang dilihat sememangnya antara pasukan pilihan musim ini, malah import yang mereka ada cukup berpengalaman.

“ Oliver Buff antara perancang terbaik yang saya jangkakan dalam saingan Liga Malaysia, begitu juga dengan Manuel Konrad sementara Tim Heubach pernah bermain di Bundesliga selain beberapa pemakn kebangsaan yang jadi aset penting buat pasukan, “ katanya.

Selain aksi membabitkan Selangor dan Sri Pahang, pertembungan dua pendatang baharu Liga Super, Penang FC dan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bandaraya juga dijangka mendebarkan berdasarkan kualiti pemain terbaharu dimiliki kedua-dua pasukan.

UiTM FC pula akan melayani Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam sementara Melaka United menentang Sabah FC di Stadium Hang Jebat.

Satu-satunya perlawanan yang berlangsung pada Ahad ialah pertemuan membabitkan Perak FC dan PJ City FC di Stadium Perak, Ipoh.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading