Bola Sepak Semasa Terkini

Karakter pemain elemen kejayaan JDT


Oleh Mohd Fitrie Muhamad / Mohd Izari Rosli (Foto)

KARAKTER pemain jadi elemen utama kepada kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali keempat berturut-turut, musim ini.

Dua gol daripada Safawi Rasid dan Natxo Insa melengkapkan kemenangan 2-0 Harimau Selatan ke atas Kedah Darul Ta’zim (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim.

Ketika pasukan belum berada pada tahap 100 peratus, pengendali pasukan, Benjamin Mora melihat  elemen itu menjadi asas .

“Kedah adalah pasukan yang bagus tetapi kami sudah lakukan apa yang perlu. Saya gembira dengan pemain kerana kami berjaya menguasai permainan dan sebenarnya itu yang kami mahu lakukan.

“Kami ada pelan A, B dan C dan pemain juga selesa dengan bola dan keputusan ini satu permulaan yang baik buat kami.

“Pasukan belum lagi capai 100 peratus dan kami mampu berikan lebih daripada ini. Pemain beri tekanan dan menunjukkan kurang gembira apabila hilang bola,” katanya selepas perlawanan semalam.

Dalam masa sama, Mora menghamburkan pujian kepada Safawi yang berjaya membuktikan dirinya sebagai aset penting pasukan.

“Dia berjanji untuk menjaringkan gol pada hari jadinya (semalam). Tetapi kalau sentuhan jaringannya kurang tajam sekali pun, dia sentiasa akan hadir dengan kelainan,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: