Semasa Sepak Takraw Terkini

Misi balas dendam

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : Farizal Yusoff

SELEPAS menumbangkan Bomba Fighters 2-0, Kelantan Warriors mahu membalas dendam dengan menyingkirkan pula Negeri Sembilan Antlers dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam dalam saingan STL, petang ini.

Kelantan Warriors jelas lega apabila mengutip kemenangan pertama ke atas juara Divisyen 1, selepas hadir dengan sedikit tempang, ketiadaan apit kiri kebangsaan, Aidil Aiman Azwawi dan pelibas berpengalaman, Naim Mohd Noor.

Lebih buruk keadaan, tekong utama pula, Adam Aiman pula sedang mengikuti kursus.

Ketua jurulatih Warriors, Suhairi Nordin, gembira dengan aksi pemainnya dan berharap rentak kemenangan ini berterusan apabila turun menentang regu berpengalaman, Negeri Sembilan Antlers.

“Alhamdulillah, servis Yus Hanif (Rosli) makin menjadi untuk mengelirukan pertahanan lawan. Begitu juga kombinasi Eqbal dan Hafizi.

“Kami akan bertemu semula rakan sekumpulan B, Negeri Sembilan Antles yang menang 2-1 ke atas Putrajaya Cyborg.

“Kami turun tanpa sebarang tekanan dan kemenangan akan meletakkan kami sebagai nombor lima terbaik dalam saingan kali ini,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: