Antarabangsa Bola Sepak Semasa Terkini

Cardiff City lepas peluang

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

CARDIFF City melepaskan peluang terbaik mendaki tangga keenam Liga Kejuaraan apabila seri tanpa jaringan menentang Huddersfield Town pagi tadi.

Keputusan itu menyaksikan kelab bimbingan Mick McCarthy kehilangan dua mata penting dan kekal pada kedudukan ketujuh liga.

Penyerang Terrier, Yaya Sanogo mensia-siakan sepakan penalti yang diperolehi pada babak kedua.

Kegagalan bekas penyerang Arsenal itu bermaksud Bluebirds belum kalah dalam 11 perlawanan sejak McCarthy mengambil alih tugas pada Januari lepas.

Malahan, kutipan 24 mata dari 10 perlawanan pertama McCarthy menyaksikan dia mendapat kontrak lanjutan dua tahun awal minggu ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: