Bola Sepak Semasa Terkini

JDT pertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JDT pertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menewaskan KDA FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim

Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Mohd Izari Rosli (foto)

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terlalu unggul apabila berjaya mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Kemenangan itu turut menghadiahkan mata maksimum buat JDT dan ia melengkapkan permulaan positif buat anak buah Benjamin Mora dalam saingan Liga Super.

Kepulangan semula penyerang kebangsaan, Safawi Rasid daripada tempoh pinjaman di kelab Portugal, Portimonense SC jelas berjaya menghadirkan impak besar apabila cipta nama selaku penjaring pertama Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Aksi 45 minit pertama jelas dikuasai tuan rumah dengan KDA FC lebih tertumpu di kawasan sendiri dan hanya bergantung kepada serangan balas.

Gawang pelawat akhirnya bocor apabila Harimau Selatan mendahului perlawanan menerusi Safawi pada minit ke-34.

Safawi (kiri) cuba melepasi pemain lawan

KDA FC yang kehilangan penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim dan pertahanan tengah, Muhammad Syazwan Tajudin ekoran kecederaan jelas dihimpit masalah hingga menyaksikan Natxo Insa meledak gol kedua JDT pada minit ke-67.

Seterusnya, tiada tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: