
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
PENGENDALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya tidak terikut-ikut dengan corak yang bakal dimainkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Sebaliknya, jurulatih dari Singapura itu mahu pemainnya turun ke padang dengan membawa aura ‘sang juara’.
“Yang penting sekarang, kami perlu fokus dan turun ke padang sebagai pasukan yang terbaik kerana lawan kita memang pasukan yang bagus.
“Kami perlu main permainan sendiri. Kita menentang pasukan yang bagus seperti JDT dan ia pastinya bukan tugas yang mudah,” katanya.
Add Comment