Bola Sepak Semasa Terkini

TFC II kembali dapatkan Marcel

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dechi Marcel

TERENGGANU FC II mendapatkan kembali khidmat Dechi Marcel untuk melengkapkan kuota pemain import menjelang tarikh tutup perpindahan sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2021 dan dikhabarkan bakal beraksi bersama skuad utama menggantikan Petrus Shitembi yang mengalami kecederaan serius.

Pemain itu sebelum ini tidak disambung kontrak setelah tamat musim 2020 berasa lega dan gembira kerana mendapat tawaran untuk kembali bermain bersama Terengganu FC II yang pada tahun ini dibimbing oleh Badrul Afzan Razali.

Perkhabaran gembira ini dikongsikan laman rasmi Terengganufc.com sebentar tadi yang memaklumkan Marcel akan menyarung jersi bernombor 4 pada musim ini dan bersedia untuk memberikan usaha yang bersungguh-sungguh kepada pasukan.

“Meskipun mendapat tawaran pada saat akhir beliau tetap berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana masih lagi menaruh kepercayaan kepada beliau untuk mengharungi cabaran pada musim 2021 ini,” ujar kenyataan tersebut.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: