Pelbagai Semasa Terkini

KPN jadi rakan kongsi Anugerah SAM

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGAMAL media sukan terus mendapat pengiktirafan apabila Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bersetuju menjadi rakan kongsi bagi mengangkat karya sukan melalui Anugerah SAM-100PLUS yang menjadi acara tahunan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) sejak lebih sedekad lalu.

Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Dato’ Jasni Shafie berkata, penyertaan KPN akan menjadikan Anugerah SAM-100PLUS sebagai suatu lagi medan pengiktirafan kepada penggiat media sukan tanah air.

“Penyertaan ini juga turut memainkan peranan secara tidak langsung untuk mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui laporan sukan masing-masing.

“SAM amat berterima kasih atas idea yang dilahirkan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique untuk mengajak media sukan membantu kementerian memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat dan hasilnya kita bersetuju untuk mewujudkan kategori baharu dalam anugerah tahunan SAM,’’ katanya.

Melalui kerjasama ini, KPN akan menyalurkan geran tajaan bermula tahun 2021 untuk SAM mewujudkan tiga kategori baharu dalam anugerah berprestij sukan itu.

Persetujuan itu dinyatakan melalui surat Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique kepada SAM hari ini.

Anugerah SAM yang telah bermula pada tahun 1985 adalah majlis menghargai peranan atlet dan warga kewartawanan sukan tempatan dengan 6 kategori Anugerah Kewartawanan mula dipertandingkan pada tahun 2009 selain kategori yang dianugerah kepada atlet-atlet terbaik negara.

Tiga kategori baharu yang akan diperkenalkan mulai tahun ini ialah Laporan Media Terbaik (Media Berbahasa Melayu), Laporan Media Terbaik (Media Bukan Berbahasa Melayu) dan Foto Perpaduan Terbaik.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: