Bola Sepak Terkini

Pertandingan Piala Presiden dan Belia 2021 ditentukan mengikut Zon


FORMAT pertandingan baharu Piala Presiden dan Piala Belia musim 2021 akan di kategorikan berdasarkan kedudukan geografi mengikut zon yang terdiri daripada zon Selatan, Barat, Utara, Timur dan Tengah (termasuk Sabah dan Sarawak) yang akan bermula Jun ini.

Meskipun negara masih berhadapan dengan wabak ini, FAM dengan sukacitanya ingin memaklumkan sebanyak 19 pasukan telah menghantar pemohonan untuk menyertai Piala Presiden sementara sebanyak 20 pasukan telah menghantar permohonan untuk menyertai Piala Belia musim 2021.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana Kumpulan A akan dianggotai oleh pasukan-pasukan dari Zon Selatan, Barat dan Tengah; Kumpulan B dibarisi pasukan-pasukan dari Zon Utara dan Tengah manakala Kumpulan C disertai pasukan-pasukan dari Timur, Barat, Tengah.

“Selain itu, format pertandingan baharu ini dilakukan untuk mengendalikan setiap kumpulan pasukan secara bebas antara satu sama lain bagi memastikan liga dapat ditamatkan dalam jangka masa yang ditetapkan lebih-lebih lagi di dalam waktu mencabar ini sekaligus dapat mengurangkan kos perjalanan pasukan antara negeri.

“Format baharu kedua-dua pertandingan ini juga merangkumi peringkat kumpulan di mana pasukan teratas bagi ketiga-tiga kumpulan akan berentap di pusingan kalah mati setelah tamat peringkat kumpulan,” ujar kenyataan tersebut.

Untuk saingan Piala Belia, 16 pasukan terbaik terdiri daripada pasukan teratas Kumpulan A, pasukan teratas Kumpulan B dan pasukan teratas Kumpulan C serta satu pasukan terbaik tempat keenam dari Kumpulan A, B atau C akan bertemu pada Pusingan 16, dengan lapan pemenang akan mara ke Suku Akhir, seterusnya Separuh Akhir dan Final.

“Perlawanan-perlawanan bagi Pusingan 16, Suku Akhir dan Separuh Akhir juga akan dijalankan dengan format satu perlawanan sahaja (tiada timbal balik) manakala Final akan berlangsung secara timbal balik.

“Peraturan serta aplikasi format baharu ini dilihat digunapakai di peringkat antarabangsa bagi memastikan perkembangan pertandingan selain pasukan dapat meneruskan perlawanan susulan format pertandingan yang boleh mengelakkan penundaan dan pembatalan perlawanan.

“Proses saringan dokumen pasukan kini berada di peringat akhir dan senarai pasukan serta jadual perlawanan buat kedua-dua pertandingan ini akan diumumkan pada awal April ini,” tegasnya kenyataan tersebut keputusan ini dibuat susulan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali ke-12 seperti yang diumumkan pada 12 Januari lalu.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: