
KEMERIAHAN Liga Malaysia turut sama-sama dirasai Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang ulang kicau di Twitternya.
Apatah lagi, kempen sepak mula Liga Super 2021 yang ditunggu-tunggu kini tiba pada malam kemuncak perlawanan Piala Sumbangsih.
Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertindak sebagai tuan rumah menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.
Sebanyak 12 pasukan bertanding di Liga Super kali ini, iaitu Terengganu FC, Perak FC, Selangor FC, UiTM FC, PJ City FC, Sri Pahang FC, Melaka United FC, Sabah FC, Penang FC dan Kuala Lumpur City FC.
Biarpun beraksi tanpa kehadiran penyokong, suasana ‘panas’ dan kemeriahan tetap dirasai bagi para pemain dan barisan kejurulatihan yang bertarung atas padang sepanjang 90 minit permainan.
Ayuh, tunjukkan sokongan anda dengan membeli jersi bola sepak original dan katakan tidak pada jersi tiruan !
Add Comment