Sepak Takraw Terkini

Tok Mat dakwa Kongres ASTAF 2021-2025 langgar perlembagaan


Ahmad Ismail

 

BEKAS Timbalan Presiden ASTAF yang tewas dalam pemilihan kerusi Presiden pada Kongres ASTAF bagi penggal 2021-2025 , Datuk Ahmad Ismail tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang -undang dengan membawa perkara ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan di peringkat Antarabangsa.

Ahmad Ismail mendakwa perjalanan Kongres tempoh hari termasuk proses pengundian tidak sah kerana melanggar beberapa Perlembagaan ASTAF.

“Salah satu dari Perlembagaan ASTAF yang telah dimanipulasi adalah berhubung dengan jumlah undian yang diterima Abdul Halim bagi pemilihan Presiden itu sangat meragukan.

“Kongres ASTAF memaklumkan bahawa terdapat seramai 25 Negara Gabungan ASTAF. Maka, ini bererti jumlah undi dari Negara Gabungan ASTAF sahaja adalah sebanyak 25 undi.

“Selanjutnya hak mengundi juga diberi kepada Jawatankuasa Eksekutif mengikut Perlembagaan ASTAF : ‘Article 10 The Executive Committee hanya 6 Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee) yang berhak mengundi.

“Maka itu, jumlah mengundi hanyalah seramai 31 undi sahaja yang terdiri dari 25 undi Negara Gabungan ASTAF dan 6 undi dari Jawatankuasa Eksekutif.

“Pengerusi Kongres mengumumkan bahawa terdapat 11 undi dari Jawatankuasa Eksekutif. Ini telah berlaku manipulasi bilangan undi dan melanggar Perlembagaan ASTAF,” jelasnya menerusi siaran media yang dikeluarkan PSM sebentar tadi.

Ahmad turut menjelaskan, terdapat dua wakil dari Brunei dan China tidak menyertai, lantas jumlah undian dari 31 tadi kini tinggal hanyalah 29 undian sahaja.

“Semasa Kongres telah juga dipaparkan bahawa Filipina dan Vietnam telah tidak menghantar “Proxy Voting-Form”, maka Undi yang tinggal adalah 29 tolak  2, tinggal 27.

“Saya juga pasti terdapat tiga Negara Gabungan ASTAF iaitu Singapura, Indonesia dan Malaysia telah tidak menghantar ‘Proxy Voting-Form’, maka dengan ini undi yang tinggal hanyalah 24 undi sahaja.

“Selain itu, terdapat lapan lagi Negara yang pada fahaman saya telah hilang hak mengundi mereka lantaran mereka tidak menjelaskan yuran keahlian sepertimana yang dipaparkan di atas skrin semasa Kongress tempoh hari”

“Perkara ini dijelaskan dalam Perlembagaan ASTAF : ‘Article 8 CONGRESS. Setelah ditolak 8 lagi undi, maka baki undi yang layak hanyalah sebanyak 16 undi sahaja,  dari mana datangya 30 undi itu,” katanya.

Ahmad yang turut dikenali Tok Mat berkata, adalah sesuatu yang amat janggal apabila Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis ASTAF tidak menerima Jemputan atau Notis Mesyuarat dan tidak diberi ‘link’ untuk menyertai ‘Zoom Meeting’ semasa Kongres.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan membawa perkara ini ke Mahkamah termasuklah ke Mahkamah Timbang Tara Sukan di peringkat Antarabangsa sekalipun kelak.

“Namun, saya akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengurusan, EXCO dan jika perlu dengan Ahli Majlis Tertinggi PSM berhubung dengan cadangan beliau itu untuk tindakan selanjutnya. Memang cara saya akan memastikan bahawa saya mendapat mandat dari mereka terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan besar.

“Saya juga telah meminta sahabat saya untuk membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) di Singapura memandangkan ASTAF didaftarkan di Singapura samada terdapat had tempoh bantahan yang dibenarkan,” tambahnya.

Perlembagaan ASTAF :

> Article 8 CONGRESS
2. Member representation – Voting Rights – Delegates

(b) Irrespective of the number of delegates, each member Federation is only accorded ONE vote, the rights to which will be conferred on only one of the candidates.

> ‘Article 10 The Executive Committee

1. The Executive Committee shall be the executive and management body of
ASTAF. It shall be responsible for the proper performance and observance of the
objects of the Federation and its Constitution, rules and regulations and for
directing matters of policy. It shall consist of 6 members, with voice and vote, as
follows :
(a) The President
(b) (1) Deputy President
(c) (1) Vice-President
(d) The Secretary General
(e) The Deputy Secretary General
(f) The Treasurer
and 6 members with voice but no vote as follows :-
(a) Chairperson of Technical Committee
(b) Chairperson of Coaching Committee
(c) Chairperson of Referees Committee
(d) Chairperson of Disciplinary Committee
(e) Chairperson of Sports Development Committee
(f) Chairperson of Equipment Committee’

> ‘Article 8 CONGRESS

2. Member representation – Voting Rights – Delegates

(f) Eligibility for voice and vote is dependent on full payment of all dues and
membership fees to ASTAF.’

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading