Bola Sepak Semasa

Cardiff City makin unggul memburu slot Liga Perdana Inggeris

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Cardiff City membelasah Derby County 4-0.

KELAB milik ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, Cardiff City terus melangkah ke saingan Liga Kejuaraan dengan penuh bergaya apabila membelasah Derby County 4-0.

Sejak mula mengambil alih pasukan pada 22 Januari lalu, Michael McCarthy, pantas pamer magis dengan rekod tanpa kalah.

Dengan baki 12 perlawanan saja lagi musim ini, tumpuan sudah pasti lebih besar akan diberikan kepada Cardiff City sejauh mana kemampuan mereka dalam pemburuan slot ke Liga Perdana Inggeris musim depan.

Bagaimanapun, seperti laporan CAKAPSUKAN sebelum ini, Vincent Tan nyata gembira dengan apa yang sudah ditunjukkan oleh McCarthy.

Ketika ini, Cardiff City menghuni tangga kelapan Liga Kejuaraan dengan 53 mata, dipisahkan dua mata berbanding Bournemouth di tempat keenam dan empat mata dibelakang pasukan tempat kelima, Reading FC.

Dua posisi itu wajar direbut untuk sekurang-kurangnya layak bermain aksi playoff, membabitkan pasukan di tangga ketiga hingga keenam bagi merebut satu slot ke Liga Perdana Inggeris, musim depan.

Vincent Tan (kiri) bersama Luqman Hakim Shamsudin (tengah) ketika Majlis Menandatangani kontrak bersama KV Kortrijk.

Bagaimanapun, sebaliknya pula berlaku kepada satu lagi kelab milik Vincent Tan di saingan Liga Belgium, KV Kortrijk apabila dijangka akan terus kekal di kelompok pertengahan liga.

Setakat ini, daripada 29 perlawanan, Kortrijk 36 mata hasil 10 kali kemenangan dan enam seri.

Daripada empat terakhir perlawanan liga, Kortrijk seakan bergelut untuk mengekalkan konsistensi namun sudah pasti peminat tempatan akan terus mengikuti perkembangan kelab itu secara rapat.

Ia kerana, kelab itu turut diwakili penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang kini sudah mengumpul 1 kaps ketika diturunkan sebagai pemain gantian dalam aksi menentang  Anderlecht, 24 Oktober lalu.

Kini, Luqman wajar menggunakan peluang yang dimiliki bersama Kortrijk untuk mempersiapkan diri sebelum diberikan lebih banyak peluang beraksi dengan skuad utama.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: