Pelbagai Semasa Terkini

MAKAF harap MSN pertimbangkan tangga gaji jurulatih tempatan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nur Azmi Ahmad

 

PERSEKUTUAN Karate Malaysia (MAKAF) mempersoalkan tangga gaji yang diterima jurulatih tempatan berbanding import dalam usaha melahirkan atlet untuk mengharumkan nama negara.

Setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pihaknya mengharapkan agar Majlis Sukan Negara (MSN) menghargai keringat jurulatih tempatan dengan menawarkan tangga gaji yang lebih baik kepada mereka.

Ini kerana, pada pandangannya jurulatih tempatan bagi sukan kurang popular di negara ini seperti karate tidak menerima tangga gaji yang sepatutnya walaupun telah membantu negara merakam pencapaian cemerlang.

“Peruntukan kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya mereka selaraskan mengikut pencapaian sukan tersebut. Ini tidak, kenaikan gaji jurulatih tempatan hanya 5 peratus bagi tempoh dua tahun iaitu dalam RM 140 saja.

“Kenapa jurulatih import boleh bayar mahal, tengok macam sukan-sukan lain yang glamour mereka diberi peruntukan besar dari aspek pembayaran gaji jurulatih, apa keistimewaan jurulatih tersebut.

“Tetapi bila nak pingat tetap harap kepada sukan tempur seperti kami.

“MAKAF tidak menyambung kontrak jurulatih import dari Iran, Ali Reza yang menerima gaji RM 18,000 sebulan sebab nak beri peluang kepada jurulatih tempatan dengan harapan sekurang-kurangnya jurulatih elit tempatan mendapat gaji RM 5,000 seorang.

“Namun berbaloikah untuk jurulatih tempatan sekiranya gaji dibayar hanya bawah RM 4,000 tetapi nak prestasi bagus sama seperti jurulatih import Kita kena jaga kebajikan jurulatih tempatan kerana periuk nasi mereka sepenuhnya bergantung kepada pendapatan dalam
sukan.

“Saya berharap campur tangan Menteri Belia dan Sukan dalam hal ini,” katanya menerusi siaran media yang dikeluarkan, sebentar tadi.

Lantas Nur Azmi mahu MSN tidak bersikap pilih kasih dalam menyalurkan peruntukan kepada persatuan sukan di negara ini.

“MSN seharusnya memberi peruntukan itu dengan adil kepada semua persatuan sukan dan jangan semata-mata hanya tertumpu kepada sukan popular.

“Kita lihat MSN lebih fokus kepada sukan ‘glamour’. Sebagai pemegang amanah untuk menyalurkan peruntukan, sepatutnya MSN mendengar perancangan dan pandangan kami, bukannya mereka yang putuskan ke semuanya.

“Kalau begitu lebih baik mereka yang melakukan kerja urus tadbir persatuan sukan. Ini saya tengok bila bercakap soal peruntukan sukan glamour lebih diberikan keutamaan walaupun tidak mempunyai pencapaian.

“Jika panggil mesyuarat tetapi tidak boleh menerima pandangan badan induk sesuatu sukan lebih baik jangan adakan mesyuarat.

“Sebaliknya sukan tempur seperti kami tidak dipandang, walhalnya pingat emas kami adalah lebih berharga setiap kali apabila berlangsungnya temasya utama,” tegasnya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: