Bola Sepak Semasa Terkini

Kerajaan pertimbangkan kehadiran penyokong

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Muhyiddin Yassin

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan sokongan pihak kerajaan untuk mempertimbangkan untuk membenarkan kehadiran penyokong ke stadium bagi menyaksikan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagaimanapun, jumlah penyokong yang akan dibenarkan adalah berskala kecil dan berperingkat mengikut keadaan semasa jumlah kes Covid-19.

“Masa akan datang, apabila keadaan mengizinkan, bolehlah kita benarkan penyokong ke stadiu berskala kecil, berperingkat jika kes Covid-19 dapat diturunkan.

“Kembalikan semula kegemilangan dan penyokong dapat terlibat meraikan perlawanan bola sepak.

“Sekali lagi saya nak ucapkan selamat bertanding dengan semangat kesukanan,” katanya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengucapkan maju jaya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

“Saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan, Kedah dan JDT untuk aksi Piala Sultan Ahmad Shah. Saya juga ucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan yang terlibat dalam Liga Super dan Liga Premier,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: