Bola Sepak

JDT mahu muktamadkan kejuaraan dalam 90 minit


Mora (kiri) bersama Aidil Zafuan bergambar dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

“SAYA tidak sukakan penalti!

Itu reaksi Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Benjamin Mora ketika mengulas tentang perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.

Masa sama, Mora juga enggan terlalu dibuai mimpi dengan status juara bertahan kerana aksi malam esok pasti menjanjikan situasi berbeza.

Bagaimanapun, Mora berharap perlawanan tidak diheret ke penentuan penalti dan mahu memastikan kemenangan dalam tempoh 90 minit.

Mora (kiri) pada sidang media pra perlawanan

“Kami fokus dengan persiapan kami dan saya tidak mahu melihat kejayaan lalu (juara bertahan piala sumbangsih) ini menjadikan kami sebagai pasukan pilihan.

“Kami akan berusaha untuk mendapatkan keputusan positif malam esok. Jika boleh kami mahu menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: