
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengimpikan kejutan mampu dicipta anak buahnya pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.
Bagaimanapun, pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak sedar tugasan getir menantinya memandangkan JDT bakal tampil sebagai gergasi dan pasukan pilihan malah turut beraksi di laman sendiri.
“Perlawanan yang sukar namun kami sudah bersedia. Apa yang penting saya perlu memotivasikan pemain kerana kami akan menentang pasukan terbaik dan kami juga perlu jadi pasukan yang baik.
“Kami sudah bersedia dan akan cuba untuk dapatkan keputusan positif pada perlawanan ini,” katanya.
Add Comment