Bola Sepak Semasa Terkini

JDT II miliki kualiti sebagai juara


Oleh Mohd Fitrie Muhamad

TIDAK kira pasukan utama atau pun skuad kedua, jenama yang dibina sekian lama meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam senarai yang wajib diberi perhatian.

Jika ramai yang sudah menilai skuad utama sebagai calon pilihan untuk memenangi saingan Liga Super, situasi sama juga buat JDT II dalam Liga Premier.

Walaupun berstatus ‘Reserve Team’, JDT II tidak hanya tertumpu kepada pembangunan sebaliknya turut disiapkan dengan skuad terbaik termasuk import berkelas tinggi.

MISI BALAS DENDAM

Umum sudah jelas yang musim lalu saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya dilangsungkan separuh perjalanan dan Liga Premier hanya sempt dimainkan 11 perlawanan.

Jika dimainkan secara penuh, JDT II memiliki cukup kualiti untuk berada di kelompok elit Liga Premier seperti ditunjukkan ketika musim 2019 apabila mereka menjuarai Challenge Cup dan muncul naib juara liga.

Ketika ramai pasukan mengharapkan saingan dilangsungkan secara penuh musim ini, harapan sama juga turut didokong JDT II untuk melunaskan misi tertunggak musim lalu.

Walaupun berstatus ‘Reserve Team’ dan tidak akan layak ke Liga Super jika berada di kedudukan kedua teratas, JDT II nyata bernafsu untuk capai kejayaan dan boleh dilabel selaku pilihan untuk menjulang kejuaraan.

Bukan saja Liga Premier, JDT II pastinya mahu mengekalkan kejuaraan Challenge Cup dimenangi mereka musim 2019 selepas pertandingan itu dibatalkan musim lalu.

Fernando Rodriguez

SKUAD SEIMBANG

Di bawah sentuhan bekas Pengarah Akademi dan Pencari Bakat Malaga CF, Rafa Gil, memiliki keseimbangan daripada segenap sudut apabila akan diperkuatkan oleh pemain seperti Adib Zainudin, Gary Steven Robbat, Irfan Fazail dan penyerang import, Fernando Rodriguez.

Ayam tambatan JDT II, Rodriguez pasti jadi sandaran utama buat pasukan dalam memburu gol selepas meledak tujuh gol dalam 10 perlawanan yang diturunkan musim lalu.

Malah, JDT II juga mungkin akan diperkuatkan beberapa nama dari skuad utama dan situasi itu menjadi kelebihan buat pasukan kerana pasukan utama cukup dikenali dengan barisan pemain berkualiti.

PEMAIN TUMPUAN
• Fernando Rodriguez (Penyerang)

PENCAPAIAN MUSIM LALU
Kelima Liga Premier


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: