Antarabangsa Bola Sepak

Rentak kemenangan City berterusan


Jesus turut menjadi senarai penjaring untuk City di Etihad, pagi tadi

NAMPAKNYA, belum ada mana-mana pasukan yang boleh menghentikan rentak kemenangan Manchester City ketika ini.

Terbaru, mereka berjaya meraih mata pada perlawanan bertemu Wolverhampton Wanderers dengan keputusan 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad pagi tadi.

City di depan menerusi gol sendiri Leander Dendoncker sebelum disamakan oleh Conor Coady.

Namun Gabriel Jesus dan Riyad Mahrez memastikan kemenangan The Citizen berterusan dengan gol yang diciptakan di akhir babak kedua.

Kini anak didik Pep Guardiola berkelebihan 15 mata berbanding Manchester United yang berada di tangga kedua.

Sementara itu, Wolves gagal mendekati kelompok 10 teratas kerana baru mengutip 34 angka dan dibezakan tiga mata dari Arsenal.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: