Bola Sepak

SEMANGAT PENAJA ‘SENIOR’ BAKAR AURA LIGA MALAYSIA MUSIM 2021


Penaja ‘senior’ kekalkan komitmen bersama MFL

Eksklusif oleh MOHD FARIQ

KATA orang, bola itu bulat.

Itulah kesimpulan terbaik apabila salah satu penaja ‘senior’ bola sepak tempatan telah meterai perjanjian mereka bersama Malaysian Football League (MFL).

Seperti mengulas bentuk zahir bola, penaja ‘senior’ itu sememangnya memiliki tradisi menaja pembangunan bola sepak negara akhirnya terus kekal komitmen bersama pengelola Liga Malaysia itu.

Menurut sumber dalaman yang enggan mahu dikenali, status penaja ‘senior’ itu dikatakan masih samar untuk terus kekal menjadi penaja Liga Malaysia bagi musim ini akhirnya terjawab selepas mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan peranan mereka dalam peta bola sepak Malaysia.

Jelasnya lagi, penaja ‘senior’ ini terpaksa mengambil keputusan untuk mengurangkan nilai tajaan bagi memastikan kelangsungan syarikat penaja mereka.

“Kami sentiasa komited untuk meneruskan tajaan tetapi terpaksa mengurangkan jumlah penajaan itu disebabkan beberapa faktor dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

“Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus kekal menjadi penaja setia di mana sukan bola sepak yang menjadi sukan rakyat sentiasa menjadi agenda kami.

“Banyak spekulasi mengaitkan status syarikat kami tetapi kami percaya pemotongan berskala kecil itu masih berupaya untuk membantu MFL meneruskan saingan Liga Malaysia musim 2021.

“Apa yang pasti, segala persoalan telah terjawab dan kami sentiasa komited untuk terus bersama dalam sukan bola sepak negara,” dedah sumber itu kepada CAKAPSUKAN.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika Majlis Pelancaran Liga Malaysia 2021

CAKAPSUKAN sebelum ini melaporkan penganjur Liga Malaysia (Liga M) sudah pun memperoleh tajaan berjumlah RM33,428,000 membabitkan hak penyiaran, tajaan dan juga berbentuk barangan serta servis.

Akan tetapi, dari keseluruhan jumlah tersebut di atas, bukan sepenuhnya dari penaja “senior” ini, hanya 85 peratus dari jumlah RM33,428,000.00.

Perkembangan itu secara tidak langsung menggambarkan kredibiliti MFL selaku penganjur Liga Malaysia (Liga M) dan ianya jelas menzahirkan betapa industri sukan ini kekal ada daya tarikan.

“Sekali lagi warga bolasepak harus berterima kasih kepada Dato Hamidin (Mohd Amin), President FAM, yang juga President MFL.

“Dia kunci kejayaan pihak kami kembali semula selepas hampir tidak mahu meneruskan penajaan selepas sekiam lama menaja.

“Kita hendakkan “smooth sailing” (tersusun) untuk kedua dua pihak,” kata sumber dalaman.

Pengumuman rasmi mengenai Penajaan di jangka akan di umumkan dalam satu sidang media khas dalam masa terdekat ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading