Bola Sepak Semasa Terkini

KDA FC lepaskan Messi Kedah

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Farhan menyertai Perak FC selama setahun secara pinjaman.

 

PEMAIN sayap lincah Kedah Darul Aman FC, Muhammad Farhan Roslan sah menyertai Perak FC secara pinjaman selama setahun mulai musim ini.

Berita rasmi ini disiarkan laman Facebook KDA FC yang memaklumkan keputusan ini bagi membolehkannya mendapatkan lebih minit aksi perlawanan merupakan motivasi besar selepas beberapa musim bersama Kedah.

“KDA FC telah bersetuju untuk melepaskan Muhammad Farhan Roslan secara pinjaman kepada Perak FC selama setahun.

“Pemain berusia 24 tahun bermain posisi sayap kiri yang mula menempa nama bersama pasukan hijaukuning ini beraksi sejak berumur 18 tahun selepas mencuri perhatian pengurusan menerusi kelicikan kawalan bola dan turut menyumbang kepada beberapa siri kejuaraan pasukan.

“Semoga beliau terus bersinar bersama pasukan baharu musim 2021!,” ujar kenyataan tersebut.

Farhan yang sebelum ini dberi gelaran “Messi Kedah” meledak enam gol dalam 64 penampilan ketika kali pertama menyertai skuad utama Kedah pada 2014.

Memiliki ketinggian 1.54 meter dan baru berusia 25 tahun pernah dinobatkan sebagai Pemain Muda Harapan di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014 serta bermain untuk pasukan Bawah 21 negara, Farhan juga membantu pasukan jelapang padi Kedah muncul Naib Juara Piala Malaysia musim 2015.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Terima kasih atas sokongan anda...

Thank you for all the support...

Ikuti kami...

%d bloggers like this: