Bola Sepak Semasa Terkini

Peluang terbaik NSFC rasai aura Liga Super 2022


K Devan bukanlah nama asing buat peminat Negeri Sembilan.

Oleh : Subkhi Sudarji

SELEPAS kali terakhir merasai suasana di pentas Liga Super 2018, Negeri Sembilan FC kini meneruskan usaha gigih memburu slot Liga Super 2022.

Dibimbing jurulatih berpengalaman, K Devan yang pernah melatih pasukan pada 2003-2006 dan 2015, Negeri Sembilan kali  ini memiliki peluang terbaik untuk menamatkan percutian di pentas Liga Premier.

Zaquan Adha kembali menabur bakti dinegeri kelahirannya.

IMPAK ORANG LAMA

Kembalinya bekas penyerang Kedah, Mohamad Zaquan Adha Radzak beraksi bersama pasukan negeri kelahirannya itu selain dilantik sebagai kapten pasukan dianggap bonus tambahan untuk membimbing rakan sepasukan yang lain.

Kehadiran dua pemain pertahanan iaitu bekas pemain Terengganu FC, Nasrullah Hanif Johan dan bekas pemain Melaka United, Annas Rahmat selain dua bekas pemain Petaling Jaya City (PJ City) iaitu R Aroon Kumar dan R Barathkumar pula bakal memperkuatkan jentera tengah skuad Rusa.

Selain itu penyertaan beberapa pemain muda berpotensi diperingkat Piala Presiden yang dibawa beraksi dalam skuad utama juga pendekatan bijak pengurusan serta kejurulatihan.

Akono (kanan) telah membuktikan penyudah serangan dengan meledak gol pada perlawanan persahabatan.

KUALITI PEMAIN IMPORT

Bagi import pula, kemasukan pemain import baharu dari Cameroon iaitu Alain Thiery Akono  yang berfungsi sebagai penggempur perlu diberikan perhatian pasukan lain.

Pentas Liga Malaysia merupakan aksi pertama buat Akono yang baru berusia 25 tahun dimana dua rakan senegaranya pernah beraksi bersama Negeri Sembilan sebelum ini iaitu, Christian Bekamengga Bekamenggo dan Effa Owona.

Berdasarkan rekod, Akono pernah beraksi bersama pasukan Liga 1 Cameroon, AS Fortuna. Berketinggian 182cm, dia menjaringkan 10 gol pada musim 19/20 sebelum berpindah ke pasukan Liga Premier Vodacom Tanzania, Azam FC.

Selain Akono, satu lagi slot import Asia diisi oleh pemain dari Korea Selatan yang berusia 27 tahun iaitu Bae Beom Geun. Beom tidak asing di bawah bimbingan Devan kerana pemain itu pernah beraksi bersama Petaling Jaya (PJ) City musim 2018-2019.

NSFC juga membawa masuk pertahanan kental dari Brazil, Fernando Barbosa Pereira yang pernah beraksi di pusingan kelayakan Liga Europa bersama Gzira United FC pada 2019, sebelum bermain untuk Al-Jahra FC di Liga Premier Kuwait untuk musim 20/21.

Melengkapi senarai pemain import NSFC adalah penyerang kelahiran Brazil  Rafael Gomes Rafael yang bermain di posisi serangan. Berumur 30 tahun, beliau pernah bersama pasukan Liga 1 Indonesia, Persela Lamongan pada musim 2019/2020, sebelum berkelana ke Liga Utama Cyprus untuk bersama pasukan Ermis Aradippou FC untuk musim 2020/2021.

LIGA SUPER 2022 MENANTI

Melihatkan beberapa pemain baharu yang dibawa masuk dan tempatan selain keputusan positif yang diraih dalam tiga perlawanan persahabatan sebelum ini menewaskan KLUFC (1-0), Penang FC(2-1) dan Sri Pahang FC (2-0) membuktikan keazaman tinggi skuad Hobin Jang Hobin merasa aura Liga Super 2022.

PEMAIN TUMPUAN 

– Alain Thiery Akono  (Penyerang)


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: