Bola Sepak Semasa Terkini

Unifi penyiar rasmi Piala Sumbangsih dan Liga Super 2021


Unifi akan terus menyatukan peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia dengan membawakan perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super 2021 melalui unifi TV, aplikasi unifi PlayTV serta menerusi saluran YouTube unifi.

Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan kembali bergembira dengan kedatangan semula perlawanan bola sepak tempatan malah bersorak bagi menyokong kelab-kelab kegemaran mereka. Piala Sumbangsih akan melabuhkan tirai sebagai pembukaan musim bakal berlangsung pada hari Jumaat, 5 Mac 2021, di mana Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Ketua Pegawai Komersial  TM, Anand Vijayan berkata, bola sepak adalah sukan nombor 1 bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.

“Di unifi, kami berkongsi minat yang sama, malah kami telah lama menjadi rakan kongsi dalam arena bola sepak tempatan. Kami teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan MFL ke arah pembangunan bola sepak serta membawa liga bola sepak tempatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Dalam situasi semasa ini, kami berharap dengan membawakan perlawanan bola sepak secara terus ke rumah anda, akan mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi serta menyatukan kami, ”ujarnya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Untuk rekod , sebanyak 12 pasukan akan bersaing bagi merebut gelaran Liga Super 2021 muism ini dengan pusingan pertama dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih, serta baki perlawanan bakal dimainkan pada hujung minggu. Perlawanan pusingan akhir dijadualkan pada 8 Ogos 2021, dimana juara Liga Super akan dinobatkan.

Peminat bola sepak di seluruh negara akan dapat menonton Piala Sumbangsih serta Liga Super setiap masa di mana sahaja menerusi saluran unifi Sports 701 – 705, aplikasi unifi PlayTV serta saluran YouTube unifi di https://www.youtube.com/c/unifiistheone/featured


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: