Antarabangsa Bola Sepak

10 hari genting Manchester City


PEP GUARDIOLA

MANCHESTER City terus melebarkan penguasaan di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kutipan 62 mata selepas 26 perlawanan.

Bagaimanapun, empat aksi berikutnya yang berlangsung dalam masa 10 hari menjadi detik penting The Citizens.

Pengurus Manchester City Pep Guardiola memberitahu, empat perlawanan dalam tempoh 10 hari cukup mustahak buat pasukannya.

Bahkan, menyapu bersih mata membolehkan mereka terus mengunci gelaran.

City akan menghadapi Wolverhampton Wanderers awal pagi esok, bertemu Manchester United empat hari berselang, disusuli Southampton (11 Mac) dan bertandang ke Fulham pada 13 Mac.

“Kami tak ingin berhenti. Kami tahu betapa pentingnya 10 hari ini dengan melawan Wolves, United, dan Southampton (di laman sendiri) sebelum kami melawat ke Fulham.

“Kalau kami boleh melakukan apa yang ingin kami lakukan, itu akan menjadi satu langkah luar biasa. Kami tak punyai banyak masa (memikirkan statistik). Ada banyak perlawanan, setiap tiga hari,”
kata Pep Guardiola dipetik Sky Sports.

Untuk rekod, Man City sudah memenangi 20 pertandingan terakhirnya di seluruh pertandingan atau 14 perlawanan di EPL.

Berdasarkan statistik ini, skuad Raheem Sterling adalah calon pasukan yang sangat kuat untuk bergelar juara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: