Bola Sepak Terkini

TMJ bakal ambil alih Valencia ?


Tunku Ismail Sultan Ibrahim

 

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim ambil alih Valencia?

Persoalan itu timbul selepas melihat muat naik Tunku Ismail menerusi ‘ig story’ dan jika benar, ianya satu perkembangan yang hebat buat figura daripada negara ini.

“Duit tidak memotivasikan saya. Kejayaan dan cipta sejarah yang memotivasikan saya. Bukan lagi rahsia yang saya sayangkan bola sepak. Saya cukup bersemangat

“Saya bukan baru dalam bola sepak. Saya sudah cipta kelab (JDT FC) daripada pasukan yang bergelut di penyingkiran kepada sebuah pasukan juara yang mendominasi.

“Saya telah memenangi 16 kejuaraan dalam lapan tahun. Kami pasukan terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia. Saya mahu mengembangkan
empayar, melebarkan sayap dan mencari cabaran baru.

“Apa yang Valencia perlukan? Kamu perlukan seseorang yang tahu tentang bola sepak, laparkan kejayaan, bersemangat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab,” kata Tunku Ismail yang dipetik menerusi ig story miliknya.

Ketika ini, kelab Sepanyol yang juga bekas juara Copa del Rey musim 2018-19 itu dimiliki ahli perniagaan dari Singapura, Peter Lim.

Hubungan Peter Lim sudah diketahui cukup akrab dengan Tunku Ismail, seperti yang pernah ditonjolkaan menerusi satu kiriman di JOHOR Southern Tigers pada Januari 2016.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading