Bola Sepak Semasa Terkini

FAM kenalpasti lawan aksi pemanas badan Harimau Malaya


Skuad Harimau Malaya bakal diuji dalam perlawanan persahabatan sebelum beraksi di kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, pada Jun ini.

 

Oleh Mohd Fitrie Muhamad

PANDEMIK Covid -19 sedikit memberi kesukaran kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan lawan sesuai buat Harimau Malaya pada kalendar rehat antarabangsa, hujung bulan ini.

Bagaimanapun, ketika ini beberapa perbincangan sudah diatur oleh badan induk itu bagi memastikan skuad kebangsaan dapat beraksi dalam perlawanan persahabatan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata kem latihan kali ini akan membabitkan 30 pemain namun belum ada sebarang pengesahan yang boleh dibuat pasukan mana yang kita akan lawan.

“Perubahan ini membabitkan semua negara di Asia. Buat masa ini, saya tidak boleh pastikan lagi tetapi perbincangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan memang sedang dilakukan.

“Kem latihan ini akan diadakan selama sembilan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe nyata individu paling lega apabila Liga Malaysia (Liga M) boleh dimulakan pada 5 Mac ini.

Ini kerana, Cheng Hoe merasakan tempoh masa kira-kira dua minggu dimiliki membuka ruang buatnya menilai pemain sebelum latihan pusat skuad kebangsaan yang dijangka akan bermula 22 Mac ini.

Mengikut kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), tempoh rehat antarabangsa akan berlangsung pada 22 hingga 30 Mac ini.

“Kita berdepan SOP (prosedur operasi standard) imigresen yang mungkin menyebabkan berlakunya kuarantin, sekatan kepada mana-mana kemasukan pasukan ke Malaysia atau pun untuk kita keluar negara.

“Jadi kita kena ambil masa sikitlah,” kata Stuart.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: