Bola Sepak Semasa Terkini

PDRM FC siap sedia bina reputasi baru


Barisan pemain PDRM FC yang diturunkan pada aksi persahabatan menentang Selangor FC baru-baru ini. (Foto : FB PDRM FC)

Oleh : Subkhi Sudarji

TERSINGKIR dalam ke pentas Liga Premier musim ini selain tanpa sebarang mata musim lalu nyata episod hitam yang mahu dilupakan PDRM FC dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris yang kini diberikan mandat membimbing pasukan pastinya berdepan cabaran sengit namun perubahan besar dalam pasukan dengan kehadiran beberapa pemain import serta tenaga muda dianggap tonik buat Sang Saka Biru menggempur lawan musim ini.

Tidak  banyak mampu diperkatakan skuad ini namun kemasukan dua pemain import yang sudah tidak asing dengan kancah Liga Malaysia, Bruno Suzuki dan Lazarus Kaimbi yang akan menjadi taruhan PDRM di jentera serangan.

Selain itu, kehadiran dua pemain dari benua Afrika, Victor Kamhuka (Zimbabwe) dan Alexander Amposah (Ghana), dijangka akan menambah kualiti tersendiri di bahagian tengah serta pertahanan.

Bruno Suzuki taruhan senjata baharu PDRM FC bagi meledak gol lawan.

BINA REPUTASI PDRM

Tidak mendapat perhatian bukanlah satu kekurangan bagi Mat Zan berbanding pasukan lain kerana tumpuannya ketika ini adalah mahu membina balik reputasi PDRM dalam pentas Liga Premier.

“Saya ada hasrat tersendiri buat PDRM selepas apa dilalui pasukan ini pada musim lalu. Berdasarkan beberapa perlawanan persahabatan, saya nampak pemain sudah boleh menerapkan taktikal yang saya mahukan selain persefahaman yang begitu baik.

“Tiada apa yang mustahil untuk membawa PDRM dalam kelompok atasan malah berikan cabaran kepada kejuaraan Liga Premier,” katanya.

TENAGA TEMPATAN

Selain kehadiran dua pemain import tersebut, The Cops juga diperkuatkan dengan pemain tempatan baharu iaitu Shahrul Igwan Samsudin (UiTM FC), Nabil Ahmad Latpi (Kuala Lumpur), Afiq Azuan (Kelantan) dan L. Kalaiharasan (UKM FC).

Skuad kali ini juga turut menampilkan pemain-pemain yang terdiri daripada anggota PDRM seperti Safiee Ahmad, Ahmad Nizam Mohd Rodzi, Amir Saiful Badeli, Muhd Eskandar Ismail dan Aliff Naquiddin antara muka lama yang terus mendapat kepercayaan bersama pasukan.

PDRM yang akan terus menjadikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebagai gelanggang tuan rumah bakal membuka cabaran berdepan Selangor FC 2 pada 6 Mac.

PEMAIN TUMPUAN

-Bruno Suzuki


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: