Semasa Terkini

Peluang wakili Malaysia


PEMINAT sukan elektronik (e-sukan) kini berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan “FIFAe Nations Series 2021” yang akan berlangsung tahun ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama syarikat e-sukan bola sepak terkenal, Gamesbond, buat julung kalinya akan menganjurkan pertandingan e-sukan Bola Sepak dinamakan “FAM eRimau Cup” pada Mac ini untuk tidak ketinggalan dalam mengikut perkembangan e-sukan iaitu permainan dalam talian yang telah mula mengambil tempat dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia.

Kejohanan ini bertujuan untuk mencari seorang wakil eBolasepak negara di peringkat kebangsaan bagi menyertai skuad eRIMAU Malaysia.

Juara “FAM eRIMAU CUP” bakal menyertai kem skuad eRIMAU Malaysia bersama 4 pemain yang telah disenarai pendek menerusi pencapaian mereka di kejohanan FIFAe Club World Cup.

  1. Muhamad Luqman Haziq bin Hajiman (LuqmanHzq)
  2. Ahmad Shahrin bin Shaharudin (Ayen)
  3. Faiq Iskandar Bin Saiful Bahri (Halowake)
  4. Muhammad Naim Bin Muhammad Hisham (DatoRentap)
  5. Anda – Juara FAM eRIMAU CUP

Bagi melengkapkan skuad eBolasepak Malaysia, FAM kini sedang mencari seorang lagi bakat baru untuk diserapkan di dalam kem eBolasepak FAM. Kem eBolasepak FAM ini juga akan memilih hanya 3 orang menerusi pencapaian di dalam kem tersebut bagi mewakili Malaysia pada “FIFAe Nations Series 2021”.

Bagi penggiat e-sukan terutamanya FIFA 20/21, anda berpeluang untuk mewakili negara menerusi penyertaan kejohanan “FAM eRIMAU CUP” yang bakal berlangsung pada 19 Mac 2021 sehingga 21 Mac 2021 ini secara dalam talian dengan hadiah terkumpul bernilai sebanyak RM 5,000!

Pendaftaran akan dibuka pada awal Mac 2021. Sudahkan anda bersedia untuk mewakili FAM eRIMAU?

Mewakili Malaysia adalah menjadi satu kebanggaan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: